SiPKAS

Pengenalan Sistem SiPKAS


Sistem Pemantauan Kelestarian Alam Sekitar (SiPKAS) adalah sebuah platform yang dibangunkan untuk memantau, menganalisis, dan melaporkan keadaan alam sekitar ditapak projek secara sistematik. Sistem ini membantu dalam pengumpulan data berkaitan faktor-faktor persekitaran seperti kualiti udara, air, dan bunyi, sekaligus menyokong usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari. Dengan teknologi pemantauan yang terkini,
SiPKAS berperanan sebagai alat utama dalam membuat keputusan berdasarkan data yang tepat dan real-time bagi memastikan keseimbangan ekologi yang berterusan di tapak projek khususnya.